Dame
Olivia Mary de Havilland DBE (
/də ˈhævᵻlənd/; 1 Julai 1916 – 26 Julai 2020) ialah seorang pelakon wanita British-Amerika. Hasil karya dari kerjaya sinematiknya bermula dari 1935 hingga 1988. Beliau telah muncul dalam 49 filem cereka, dan merupakan salah seorang pelakon terkemuka pada zamannya. Beliau merupkan bintang terakhir yang masih hidup dari
Zaman Kegemilangan Perfileman Hollywood dan pemenang
Anugerah Akademi tertua yang hidup, sehingga kematiannya pada Julai 2020. Adik perempuannya ialah pelakon
Joan Fontaine.De Havilland pertama kali tampil sebagai pasangan layar lebar bersama
Errol Flynn dalam filem
Captain Blood (1935) dan
The Adventures of Robin Hood (1938). Salah satu peranannya yang paling terkenal ialah sebagai Melanie Hamilton dalam filem klasik
Gone with the Wind (1939), di mana beliau menerima pencalonan
Oscar pertamanya, satu-satunya menerusi kategori
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.De Havilland terkenal pada tahun 1940-an dan menerima pujian atas persembahannya dalam filem
Hold Back the Dawn (1941),
To Each His Own (1946),
The Snake Pit (1948), dan
The Heiress (1949), beliau menerima pencalonan untuk kategori
Pelakon Wanita Terbaik bagi persembahannya di dalam filem-filem tersebut, menang dua kali untuk filem To Each His Own dan The Heiress. Beliau juga berjaya dalam karya panggung drama dan televisyen.
[1][2]De Havilland menetap di
Paris sejak 1950-an, dan menerima penghargaan seperti
National Medal of Arts,
Légion d'honneur, dan dimasukkan sebagai
Dame Commander of the Order of the British Empire.
[3][4]Selain kerjaya filemnya, de Havilland juga aktif di teater, muncul tiga kali di
Broadway, dalam drama
Romeo and Juliet (1951),
Candida (1952), dan A Gift of Time (1962). Beliau juga bekerja di televisyen, muncul dalam siri mini berjaya
Roots: The Next Generations (1979), dan
Anastasia: The Mystery of Anna (1986), di mana beliau menerima pencalonan
Anugerah Emmy Primetime dan memenangi
Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanta Terbaik dalam Filem atau Siri Televisyen. Sepanjang kerjaya filemnya, de Havilland juga merangkul dua Anugerah Lingkaran Pengkritik Filem New York, Anugerah Dewan Ulasan Nasional untuk Pelakon Wanita Terbaik, dan Piala Volpi
Festival Filem Venice. Untuk sumbangannya pada industri filem, beliau menerima bintang di
Hollywood Walk of Fame.
[5]De Havilland meninggal kerana sebab semulajadi ketika sedang tidur di rumahnya di
Paris, Perancis, pada 25 Julai 2020, pada umur 104 tahun.
[6]